Friday, January 1, 2010

Penyakit Jiwa

Manusia mana yang tidak pernah merasai sakit samaada fizikalnya sakit mahupun rohaninya yang mengalami kesakitan. Kedua-duanya adalah dapat memberi masalah kepada kita dan penyelesaiannya kadangkala susah dan kadangkala mudah.
Disini, kita lebih fokuskan kepada penyakit rohani yang semua manusia mengalaminya.Mari kita rungkaikan apakah itu penyakit rohani atau yang lebih tepat lagi penyakit jiwa. Jiwa yang kotor akan menjadi sebab kepada terjadinya penyakit –penyakit jiwa tersebut. Ia juga boleh diumpamakan jika tempat atau kawasan kita maka datanglah penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kekotoran yang terdapat disitu, samalah juga dengan situasi yang berlaku pada pesakit yang mengalami penyakit jiwa ini.
Terdapat pelbagai jenis penyakit jiwa ini yang dapat kita lihat seperti dalam sabda rasullullah yang bermaksud:

“sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh penyakit umat. Para sahabat bertanya: “apakah penyakit umat itu?Nabi menjawab:

1. Kufur nikmat
2. Sombong
3. Tamak
4. Berlumba-lumba
5. Benci-membenci
6. (Hasad)Dengki-mendengki sehingga melampaui batas(berlaku kejam) dan kemudian bunuh –membunuh.
Setiap penyakit jiwa yang terdapat di atas adalah mempunyai peringkat-peringkatnya dan ia berlaku pada sesiapa sahaja, tidak mengira lelaki ataupun wanita.
1. Kufur nikmat
Apa yang dapat dikupaskan disini terdapat dua jenis nikmat iaitu nikmat fitri(anggota badan) dan nikmat yang dikurniakan Allah daam perjalanan hidup manusia seperti tempat tinggal,makanan,pakaian,dan sebagainya.
Setiap makhluk Allah mendapat nikmat yang diberikan oleh Allah yang maha berkuasa. Malah nikmat itu sangat banyak sehingga melimpah ruah untuk makhlukNya sehinggakan Allah berfirman yang ertinya:

“Dan jika kamu menghitung-hitungkan nikmat Allah, nescaya tidak sanggup kamu menghitungkan jumlahnya”

Lihatlah betapa Allah itu Maha Kaya dan Maha Besar. Allahuakbar!!!!!
Kufur nikmat ini adalah dapat didefinisikan sebagai orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah itu, malah ia manggunakan nikmat yang diberi untuk melakukan perkara –perkara yang dilarang oleh Allah. Alangkah tidak mensyukurinya mereka atas nikmat-nikmat yang diberi. Bukankah Allah berfirman yang membawa maksud:

“Dan syukurlah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu menyembah”

Sedarlah wahai manusia yangtidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi Allah tidak akan melepaskan sesiapa yang membuat dosa dan akan membalasnya setimpal dengan apa yang dilakukan oleh hamba-Nya. Akang datanglah bencana kepada sesiapa yang kufur nikmat kepada-Nya. Oleh itu jauhilah penyakit ini, ia amatlah berbahaya kepada kita.
Penyakit seterusnya akan di kupaskan nanti. Insya-Allah….