Thursday, October 15, 2009

40 TINGKAT TUJUAN DARI ILMU TASAUF

*20 Tingkat Di Dunia*
  1. Hamba yang selalu mengingati ALLAH
  2. Insan yang selalu mensyukuri dan membesarkan ALLAH
  3. Hamba yang senantiasa mencintai ALLAH dan dicintai oleh sesama manusia
  4. Hamba yang sentiasa menjadikan ALLAH sebagai wakilnya dalam segala pekerjaan dan amalan.
  5. Dia selalu memperolehi ketenteraman dalam mencari rezeki kerana dijamin oleh ALLAH. Hatinya sentiasa akan menjadi tenang.
  6. Hamba ini akan mempeolehi bantuan dari Allah terhadap ganguan atau musuhnya
  7. Hatinya senantiasa menjadi tenteram dalam segala hal dunia
  8. Dia selalu memperolehi kemualiaan di dunia tetapi dia tidak pernah mengharap dimuliakan oleh manusia.
  9. Hamba ini sentiasa terpelihara daripada kecemaran
  10. Mulia dan lapang hati
  11. Memperoleh petunjuk secara terang sehingga mudah untuknya mempelajari ilmu dan hikmah
  12. Hamba ini akan jauh dari kesusahan dunia
  13. Kehebatannya membuatkan orang sentiasa kagum dengannya
  14. Dicintai oleh manusia dan ALLAH
  15. Perkataannya, peribadinya, pakaiannya, dan tempat tinggalnya memperolehi keberkatan
  16. Hamba ini mempunyai makrifat di bumi dan di laut
  17. Hamba ini tidak takut kepada binatang buas
  18. Hamba ini memperolehi kekuasaan seolah memegang kunci perbendaharaan bumi yang luas ini
  19. Dia dapat menyampaikan segala hajat makhluk tuhan yang lain dengan kemegahan kepada ALLAH
  20. Sangat mudah dikabulkan doanya oleh ALLAH S.W.T

*20 Tingkat Di Akhirat*

  1. Dia tidak takut menghadapi kematiannya
  2. Tetap hatinya kepada makrifat dan iman
  3. Di anugerahkan ALLAH kesenangan serta nikmat yang berlimpah ruah di dalam kubur dan di hari akhirat
  4. Sentiasa kekal di dalam syurga dan sentiasa bersama dengan ALLAH
  5. Apabila mati, jenazahnya dihormati oleh manusia dan malaikat
  6. Bebas dari kesusahan kubur dan pertanyaan Munkar dan Nakir
  7. Kuburnya menjadi lapang dan terang dengan cahaya
  8. Ruhnya senantiasa dalam keadaan tenang, penuh dengan kesenangan dan kemualiaan
  9. Di padang masyar nanti, dia akan memperoleh keistimewaan dan keagungan
  10. wajahnya putih bersih dan bercahaya serta melihat kepada ALLAH dengan senyuman dan kegembiraan
  11. Keadaan senantiasa dalam sejahtera dan terlepas dari kesusahan serta seksaan hari kiamat
  12. Hisabnya dikurangi dan adakalanya tidak dihisab sama sekali
  13. Tangan kanan menjadi tangan penerimaan kitab amalan semasa di hari kiamat
  14. Amalan kebajikannya berat sebelah kanan
  15. Diberi kesempatan minum dalam haudh, iaitu telaga minuman para nabi
  16. Terlepas dengan selamat ketika di atas "titian siratul mustaqim"
  17. Memperoleh syafaat Nabi-nabi dan Rasul-rasul
  18. Memperoleh kedudukan yang abadi di dalam syurga
  19. Mendapat keredhaan ALLAH yang tidak terhingga besarnya
  20. Hamba ini dapat berjumpa dengan ALLAH SERU SEKALIAN ALAM, YANG AWAL TIDAK BERPANGKAL DAN AKHIR TIDAK BERKESUDAHAN TIDAK BERUPA DAN BERBENTUK, TUHAN YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA MELIHAT MEMPERHATIKAN HAMBANYA

oleh itu marilah kita sama-sama mencapai tingkat-tingkat yang tertinggi ini. apa yang penting adalah usaha kita yang ikhlas untuk mendapat sesuati yang seperti di atas. hidup ini tidak lama dan berpanjangan kita akan musnah akhirnya nanti. sempatkah kita untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat jika kita asyik bertangguh untuk mendapatkannya. mati tidak megenal SIAPA,USIA,DAN DIMANA. SUDAH CUKUPKAH BEKALAN KITA UNTUK KE AKHIRAT? FIKIR-FIKIRKANLAH DAN RENUNG-RENUGKANLAH....SELAMAT BERUSAHA!!!!

Monday, August 17, 2009

petua dari orang yang lebih tua

Petua hidup berekonomi.
1. Kepelbagaian makanan
Sebagai contoh yang dapat dilihat adalah seperti roti dan kulitnya berlebihan. Oleh itu, kaedahnya adalah ia haruslah dijemur sehinggalah ia kering. Kemudian ia di pecah-pecahkan dan ditumbuk, seterusnya ia di ayak dengan ayak kasar.
Antara faedah yang terdapat pada petua ini ia dapat digunakan sebagai:

a. Ia juga boleh dijadikan sebagai resepi baru untuk kuih-muih dan sebagainya.
b. Dijadikan biskut
c. Sebagai bread crumb untuk digoreng bersama ikan
d. Dijadikan sebagai puding
e. Dijadikan kuih roti bakar

2. Menggemukkan haiwan peliharaan
Disini terdapat petua yang menarik dan mudah untuk dilakukan iaitu dengan menjadikan hampas kelapa dan tahi ikan bilis yang tidak digunakan lagi boleh anda berikan kepada haiwan peliharaan anda untuk dimakan. Faedahnya adalah selain dapat menggemukkan ia juga dapat menjadikan haiwan tersebut sering bertelur bagi haiwan yang bertelur.
Kaedahnya adalah:

a. Bahan-bahan tersebut akan dicampurkan ke dalam makanan ayam atau itik untuk dijadikan zat dan berkhasiat bagi haiwan tersebut
b. Seterusnya jika ia direndam selama beberapa hari kemudian dibancuh dengan air. Selepas itu ia baik untuk disiram ke pokok bagi kesuburan pokok tersebut.

3. Faedah dari perca-perca kain
Saiz perca –perca kain hendaklah sepanjang 8 cm ke ata untuk di bolehkan penyambungannya .
Kaeadahnya adalah:

a. Pertama sekali anda haruslah asingkan jenis kain perca itu sesuai dengan kumpulan tertentu, contohnya jenis kain benang dengan kain jenis benang sahaja dan begitulah bagi jenis yang lain juga.
b. Susun kain tersebut dengan struktur yang cantik dan menarik. Ia disambungkan dan seterusnya ia dijahit. Ia boleh digunakan sebagai tabir dan selimut
c. Kain-kain perca yang boleh digunakan mengikut kesesuaiannya adalah ia dijadikan sebagi patung mainan atau dijadikan pengesat kaki.

4. Cara menjemur pakaian dengan baik
Ia adalah untuk memberi jaminan kepada warna pakaian supaya tidak mudah pudar, jadi ini adalah caranya:

a. Terbalikkan pakaian ketika anda menjemurnya (sering dilakukan bukan?)
b. Jangan dijemur ditempat yang panas terik, terutamanya kain yang berwarna.
c. Oleh itu ia haruslah dijemur ditempat yang mendapat cahaya panas yang sederhana dan berangin
d. Selepas itu untuk lebih baik ia haruslah menggunakan penyangkut baju jika anda menjemur pakaian, terutamanya untuk pakaian yang tebal.

5. Hilangkan calar pada cermin mata atau jam
Petuanya adalah anda haruslah gunakan ubat gigi yang bertiub untuk mencucinya. Caranya adalah:

a. Sediakan kertas tisu dan letakkkan sedikit ubat gigi lalu gosokkan pada cermin mata atau jam anda. Selepas itu ia haruslah di bersihkan dengan tuala kering.

Wednesday, May 20, 2009

KeSeSaTaN Al-aRqAm

Antara penyebab utama al arqam diharamkan adalah terlalu taksub kepada pemimpinnya abuya asyari muhammad. Oleh itu ketaksuban adlah sesuatu perkara yang sangat bahaya jika kita mengamalkannya. Bersederhanalah dalam apa juga perbuatan dan percakapan kita terhadap manusia lain. Nabi Muhammad juga menyeru kita supaya bersederhana dalam segala hal..tidakkah kita tahu?
Seterusnya, Ini adalah fatwa mengenainya termasuk cubaan menghidupkan al Arqam melalui nama baru iaitu rufaqa'. Nama yang ditukar ganti bagi mengelirukan orang lain. Tiada maknanya…walaupun sekali di tukar namanya prinsip dan hala tujunya adalah sama…untuk memesongkan umat islam! Confius?
Dalam kategori yang terawal adalah aqidah untuk orang al-arqam.
Kategori : Akidah
Tajuk :
Fatwa terhadap usaha-usaha menghidupkan semula Al-Arqam
Isu :
Sighah Fatwa terhadap usaha-usaha menghidupkan semula Al-Arqam melalui : “Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn.Bhd.” (SRC) dan syarikat gabungannya
Keputusan :
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bensidang pada hari ini bersetuju dengan Sighah daripada kepurusan Muzakarah Jawatankuasa Fatw2a Majilis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke Tujuh Puluh Lima yang bertarikh pada 12 September 2006 sebagaimana lampiran “ا “.
KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI TERENGGANU
KALI KEENAM PENGGAL KETUJUH
BERTARIKH 8 ZULKAEDAH 1427
BERSAMAAN 29 NOVEMBER 2006
Usaha-usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam Melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (SRC) Dan Rangkaian Syarikat Gabungannya
1. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ajaran dan pegangan yang dibawa dan disebarkan oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn.Bhd (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya mengandungi fahaman-fahaman yang menyamai Kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan. Ahli jamah SRC juga didapati mengamalkan ajaran dan pegangan baru yang telah menyeleweng daripada ajaran Islam. Penyelewengan-penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :
a) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal –Jamaah adalah berdasarkan kepercayaan bahawa
(i) Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman (Mujaddid), manakala Syeikh Muhammad al-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi.
(ii) Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Setiap ramalan tersebut dianggap oleh ahli jamaah SRC sebagai sebahagian daripada jadual Tuhan untuk memberi kemenangan kepada mereka.
(iii) Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Syeikh Muhammad al-Suhaimi dan Rasulullah s.a.w berkenaan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
(iv) Mujaddid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu ladduni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, dunia, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan datang kepadanya seperti air sungai yang mengalir.
(v) Ahli jamaah yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat pula melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya.
(vi) Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya wahyu dari Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian.
(vii) Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad), Imam Mahdi (Syeikh Muhammad al-Suhaimi) dan Nabi Isa a.s yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan jadual Tuhan.
(viii) Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari Quran dan Hadith dan Abuya adalah orang Tuhan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi merujuk kepada Quran dan Hadith kerana minda sudah lengkap.
(ix) Perjuangan ahli jamaah SRC dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada malaikat, jin Islam dan roh-roh muqaddas (roh suci para ahli jamaah yang telah meninggal dunia).
(x) Bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika mengahadap sesuatu kesulitan atau kecemasan, Abuya akan menghantar bantuan samada menggunakan jin Islam atau dengan karamahnya.
(xi) Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah manusia yang hebat. Malahan, lebih hebat daripada kita mempunyai 10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka hubungan dengan ibubapa hanya terbatas di dunia, sedangkan dengan Abuya kekal sehingga ke akhirat.
(xii) Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh ahli jamaah SRC. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh ahli jamaah, Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli jamaah.
(xiii) Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jamaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa.
(xiv) Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada ahli jamaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa.
(xv) Sewaktu ahli jamaah sedang nazak, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala dengan mengajar talkin, Dengan itu, syaitan tidak akan menyesatkan ahli jamaah berkenaan.
(xvi) Sewaktu ahli jamaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan datang menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak ahli jamaah. Dengan itu, ahli jamaah berkenaan terlepas seksaan kubur.
(xvii) Sewaktu di padang mahsyar, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) menunggu-nunggu untuk memberikan syafaat kepada para pengikutnya.
b) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa :
(i) Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan membentuk kerajaan barulah ibadat sembahyang Jumaat menjadi wajib.
(ii) Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham.
(iii) Orang yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan.
(iv) Seorang ahli ibadah (’Abid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah.
(v) Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja. Roh Quran telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad).
(vi) Sembahyang sehari semalaman hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jamak Zohor dan Asar serta jamak Mahgrib dan Isyak.
(vii) Segala amalan baik di dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu sembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji.
(viii) Duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahjud sepanjang hayat.
(ix) Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad). Dengan mengamalkan Aurad Muhammadiah, ahli jamaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Abuya.
(x) Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jamaah melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad).
(xi) Mengamalkan zikir agung (الذكر الأعظم ) yang terkandung di dalamnya unsur tasawwul, menyeru roh orang yang telah mati serta mendakwa al-Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.
c) Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Akhlak Dan Etika Bermasyarakat adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa :-
(i) Ulama yang ada sekarang adalah ulama kitab atau ulama hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar. Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya datang terus dari Tuhan.
(ii) Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke peringkat Ph.D adalah tidak bermanafaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kitab lama dan ketinggalan zaman.
(iii) Ilmu para ulama sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad).
(iv) Allah melarang ulama yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.
2. Berdasarkan kepada penyelewengan tersebut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah bersetuju memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh ahli jamaah Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
3. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengambil keputusan bahawa :
(i) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;
(ii) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan, telekomunikasi, atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsu-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam, adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam ;
(iii) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan, atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Kumpulan al-Arqam sama ada melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn.Bhd. (SRC), rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan, atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;
(iv) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan, atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut di dalam subperenggan 3(i), (ii) dan (iii) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
(v) apa-apa variasi, versi, bentuk, atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan, atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam; atau
(vi) apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan atau menghidupkan ajaran Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan, atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan.
***
Walaubagaimanapun, dari sudut ekonomi, al arqam ini mantap. Dan begitu juga dengan alunan nasyid mereka (selagi tiada unsur taksub kepada ketua - melalui kaset yang saya ada nampaknya tiada unsur-unsur yang mencurigakan). Ia memang memberi kesan kepada hati yang mendalam.
Walaupun pecahan kumpulan nasyid dari nadamurni, the zikr, dan sebagainya - kumpulan nasyid yang ada sekarang ini bagi saya masih belum berjaya menandingi penghayatan nasyid yang dibawa oleh mereka. Cuba cari di kedai kaset dan dengar sendiri.
Percayalah agama islam adalah agama yanag lurus dan tidak akan terpesong sehingga hari kiamat sekalipun! Teks di atas ini sekadar untuk menyebarkan maklumat supaya mengelakkan banyak lagi umat islam tersesat ke jalan ini. Aqidah satu perkara yang paling penting dalam beragama islam, jagalah aqidah kita sehingga kita mati supaya kita dapat mati dalam iman. Aqidah ibarat nyawa,tiada nyawa tidak hiduplah kita. Tiada aqidah tidak hiduplah ibadah kita(tidak diterima oleh Allah dan tidak merasa kenikmatan dalam beribadah).

“Pada Pandangan Saya”

Dewasa ini kita tahu dunia sudah tua,tetapi mengapa kita perlu mengejar dunia lagi. Ini tak akan kekal selamanya. Akhirat adalah selamanya,percayalah!cuba fikirkan , mengapa kita di hidupkan di dunia ini, adakah semata-mata untuk memenuhi kehidupan yang tak akan kekal ini.
Kadang-kadang kita selalu menempuh perkara yang tak disangka-sangka. Itulah namanya takdir keatas diri kita. Jangan sesekali menyalahkan takdir. Apa yang ditakdirkan ada hikmah disebaliknya. Percayalah!adakah kita boleh melawan takdir?mesti tidak bukan. Terimalah semuanya yang ditakdirkan dengan hati yang terbuka dan redho keatas Nya. Bukan kah kita wajib beriman dengan rukun iman dan beriman dengan qado’ dan qodar adalah salah satu darinya. Walaupun payah untuk kita menerima apa yang dah ditentukan, kita mesti ingat segala yang ditakdirkan adalah ujian dan amanah kepada kita.

Kita berhenti sekejap dari membincangkan soal takdir. Mari kita lihat pula tentang “hidup”. Untuk apa kita dihidupkan?kenapa?apa itu hidup? Susah untuk kita jawap bukan?kerana kita tak pernah “FIKIR”persoalan seperti itu kecuali orang yang dah “SEDAR”. Tetapi bagi orang yang tak sedar-sedar…dapatkah kita menjawapnya dengan jawapan yang sepatutnya dijawap?hidup ini satu anugerah Allah yang tak terhingga nikmatnya. Dengan hidup kita dapat lakukan apa sahaja di dunia ini termasuk membuat dosa kepada Allah. Hidup ini bukan untuk disia-siakan dengan perkara yang tak memberi makna dalam hidup kita. Kadang-kadang kita tahu perbuatan yang kita buat itu berdosa, tapi kita buat juga. Kenapa?

Semua manusia tahu apa itu dosa,apa itu pahala. Setiap agama tahu tentang itu.dosa adalah balasan kalau kita berbuat jahat dan pahala adalah balasan apabila kita berbuat baik. Cuba kita kira dosa dan pahala, yang mana lebih banyak?kita layak masuk syurga atau naraka? Apabila kita melakukan dosa, kita senang dengannya. Tetapi apabila kita hendak berbuat baik,mesti susah bukan? Itulah lumrah manusia.

Sekarang, apa pandangan orang bukan islam terhadap agama islam dimuka bumi ini?dikagumi?digeruni?ataupun dihina?layakkah kita mengaku kita ini orang islam sedang kan kita tak pernah menyumbang apa-apa terhadap islam?malah membiarkan saudara-saudara kita diseksa di Iraq,palestin dan mana-mana Negara yang telah dijajah oleh musuh –musuh islam. Kita disini bersenang-lenang dengan nikmat Allah yang tak akan kekal ini, dan akan hilang dari kita bila-bila masa sahaja. Sudahlah kita berseronok dengan duniawi malah kita jugak tak penah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Pernah saya terpikir apa bezanya zaman dahulu dengan zaman sekarang?tiada bezanya.kita tetap hidup macam biasa, yang berubah hanyalah keadaan sekeliling. Kenapa kita perlu bangga dengan kecanggihan yang kita ada sedangkan semua itu datanga dari NYA. Kita hanya menguruskan sahaja. Sedarlah kita…kembalilah pada jalan yang benar...sesunggungnya hidup ini sementara dan tak lama…takut-takut tengah berseronok tiba-tiba ajal datang…tiada maknanya lagi untuk sedar pada masa tu….FIKIR-FIKIRKANLAH! HANYA SEKADAR PANDANGAN DARI CETUSAN PEMIKIRAN YANG DI ANUGERAHKAN…

Ceramah ustaz idrus

Adap-Adap Menziarahi Orang Sakit

Hadis
Daripada Abdullah ibni Abdullah dan daripada Atid bin Haris dan dialah nenek Abdullah bin Abdullah bahawasanya telah mengkhabarkan akan dia bahawasanya jabir bin atid mengkhabarkan akan dia bahawa Rasullullah saw datang oleh Rasullualllah akan Abdullah bin Sabit(orang madinah, orang ansar) maka mendapati oleh Rasullallah akan dia akan Abdullah, sesungguhnya diberati atasnya (sakit tenat) maka rasullullah memanggil akan abdullullah, maka Abdullah tidak menjawap olehnya maka beristirjaq Rasullullah(Innalillahiwainnalillahirojiu’n) dan bersabda Nabi: akan diberati akan Kami atas engkau wahai Abu Rasiq, maka menjeritlah oleh segala perempuan dan menangis mereka itu, maka jadilah Jabir itu mendiamkan ia akan perempuan. Maka bersabda Rasullallah S.A.W: biarkan olehmu akan mereka itu maka bila wajib maka jangan menangis oleh mereka itu satu tangisan pun.
Berkata mereka itu wahai rasullullah, apa yang wajib itu , bersabda ia apabila telah mati ia, maka berkata anak perempuan: demi Allah sesungguhnya aku berharap aku berharap adalah engkau shahid, maka telah engkau sempurnakan persiapan engkau. Berkata anak perempuan itu kepada ayahnya. Maka bersabdalah Rasullullah S.A.W: bahawasanya telah menjatuhkan ia akan ganjarannya atas qadar niatnya . Dan apakah yang menghitungkan oleh kamu akan mati syahid itu? Berkata mereka itu perang pada jalan Allah. Maka sabda rasullullah S.A.W:bermuala mati syahid itu ada 7 mati syahid selain berperang paada jalan Allah, bermula dengan mati lambung itu syahid, dan yang mati tenggelam itu syahid, dan yang mati sakit perut itu syahid, dan yang mati terbakar itu syahid, dan yang mati ditimpa runtuhan itu syahid, dan yang mati beranak itu syahid”. Hadis itu juga telah dikeluarkan oleh abu daud dan an-nasai dan ibnu hibban dan kata imam nawawi rahimatullahutaala, bermula hadis ini sahih dengan iftifa’ sekalipun tidak mengeluarkan ia. Walaupun hadia ini tidak ada di dalam hadis Sahih Bukhary, Sahih Muslimin, tapi Ulama’ bersepakat mengatakan hadis ini adalah sahih.

Terdapat hukum dan faedah yang ad dalam hadis ini, antaranya adalah hukum sunat keatas sedara untuk ziarah orang yang sakit, contohnya apabila Abdullah sakit, Rasullullah telah menziarahinya. Oleh itu sama ada orang itu beragama islam ataupun sebaliknya kita boleh menziarahinya. Kata-kata ulama’ bagi orang bukan islam jika ia sakit dan akan menemui kematian serta diketahui ia berharapan untuk masuk islam maka sunatlah kita menziarahinya, manakala jika tidak ia kan hanya menjadi hukum harus sahaja keatas kita. Jika menziarahi saudara kita pula, ia menjadi hukum sunat mua’kad iaitu sunat yang sangat dituntut oleh islam.

Walaupun kita di bolehkan menziarahi orang bukan islam yang sakit tetapi kita tidak boleh menziarahi selepas upacara kematianya kerana masa itu adalah sudah menjadi hal-hal agama orang bukan islam. Selalunya dalam bab ziarah –menziarahi ini, orang perempuan sangat menyukainya tetapi jika perempuan itu menziarahi orang sakit ia mestilah meminta izin dahulu jika sudah bersuami. Janganlah ingin membuat kebaikan iaitu menziarahi orang sakita tetapi tidak meminta izin suami maka bedosalah perempuan tersebut. selain itu perempuan juga, jika dia berpuasa sunat sedangkan suaminya tidak menizinkan maka haram hukum nya dan berdosalah ia. Antara sebabnya adalah jika suami berhajat bagaimana caranya jika isterinya berpuasa?oleh itu jika suami meminta supaya dibukankan puasa maka wajib membukanya. Jadi jika kita hendak buat ibadat sekalipun boleh mengundang dosa apatah lagi jika kita hendak membuat dosa maka seribu dosa lagilah.

Hak-hak orang islam pada orang islam yang lain mempunyai 6 perkara iaitu:

Mengucap salam jika berjumpa.
Jika terdapat kenduri kahwin dan mendapat jemputan darinya maka wajiblah pergi tetapi jika dijemput oleh kenduri yang bukan kenduri kahwin maka tidak menjadi wajib ke atasnya.
Jika dia minta nasihat maka berilah nasihat itu.
Jika dia bersin dan mengucap “alhamdulillah” maka wajib jika menjawap “yarhammukallah”.
Bila dia sakit,hak orang lain mesti menziarahinya.
Jika ia mati maka kita mesti mengikutnya sampai ke kubur.

Sunat mua’kad adalah kuat tuntutannya ke atas umat islam. Dan berkata Almawardi, ulama’ Syafie kitab Al hawi. Kebanyakan orang sekarang tidak punyai masa jika mahu menelaah kitab-kitab. Mereka asyik dengan nyanyian artis dan sebagainya yang melalaikan sahaja. Masa mana nak kenal nabi?nak kenal kita-kitab? Ini semua kerana tipu daya dengan nasrani Israel wannasoro. Dulu Bandar sekarang ia budaya ini sampai hingga ke kampung-kampung juga. Terpedaya semuanya. Manakah ikutan nabi?tidak ada sekalipun bayang-bayang ikutan nabi pada masa sekarang ini. Jika tidak ikut nabi tuhan tidak suka, jika tuhan tidak suka, bagaimana cara kita nak selamat?

Monday, April 13, 2009

Nasihat dan doa dari gurumu

kepentingan ilmu
wahai anakku:

Semoga kamu diberi Allah hidayah dan taufik di dalam menjalankan amalan-amalan soleh. Bagiku engkau adalah anak-anak(murid-murid) yang paling ku sayangi. Aku gembira jika engkau berada dalam keadaan yang sihat Alhamdulillah, kuat dan bersemangat dan berbudi bahasa. Bergaullah denagn orang sekelilingmu denagn cara bersopan santun dantertib, senyum sokmo, kasih mesra khususnya kepada ibu bapamu. Dahulukanlah pertolongan kepada orang-orang yang lemah dan miskin, maafkanlah segala kesalahan dan musuh yang berlaku kasar kepada engkau kerana Allah berfirman yang bermaksud:

Ertinya : “..Dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan)dengan cara yang lebih baik…” (surah al-Nahl:Ayat 125)
Jauhkanlah sifat dan perkataan yang kasar kerana ia akan membawa kepada perbalahan dan pergaduhan.

Wahai anakku:
Jika engkau menerima nasihat dari penasihat yang lain, maka aku sebagi gurumu lebih berhak member nasihat kepada engkau kerana aku adalah guru dan pengasuh kepada kamu sekalian. Rasanya akulah orang yang paling mengerti dan bertangungjawap tentang kebaikan dan kemajuan masa depan engkau. Sekarang engkau dipimpin untuk menjadi pemimpin pada hari muka, insya-Allah.
Aku adalah penasihat yang paling amanah dan setia terhadap engkau. Teraimalah kata0kata nasihat dariku, beramallah dengan nasihat yang telah ku beri dimana-manaengkau berada.

Wahai anakku:
Guru tidak berhajat dari muridnya pembalasan da apa-apa jua pun. Guru hanya mahukan muridnya berada dalam kebaikan. Sukakah engkau kepada guru yang selalu member tunjuk ajar, nasihat dan kadang-kala marah kepada engkau? Guru boleh di ibaratkan cahaya terang yang menerangi alam, khususnya alam kehidupan engkau.

Wahai anakku:
Aku sayangkan engkau setiap masa. Bantulah aku dengan cara engkau mengerjakan ajaran-ajaran guru serta bersifat taatlah melalui ketinggian akhlak yang engkau miliki. Rasulullah S.A.W bersabda

Ertinya: “Tidak aku utuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak mulia”
Oleh itu tahukah engkau bahawa akhlak yang mulia itu perhiasan diri?kalaulah engkau tidak menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia maka ilmu yang ada pada diri engkau tidak memberi berkat bahkan lebih merbahaya dari kejahilan diri engkau, kerana si jahil boleh di maafkan kejahilannya, tetapi engkau yang berilmu tidak dapat dimaafkan apbila melakukan kesalahan:

Sabda rasullullah S.A.W

Ertinya : “Rasulullah S.A.W bersabda sesungguhnya S.A.W telah menyerahkan agama itu melainkan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini.

Wanita yang wajib dijauhi oleh lelaki

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

DIDIKLAH ANAK PEREMPUANMU...SUPAYA TIDAK DIJAUHI..

Thursday, April 9, 2009

tanda-tanda kematian


MATI ITU PASTI!



Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.



bicara kematian dan kehidupan