- Hamba yang selalu mengingati ALLAH
- Insan yang selalu mensyukuri dan membesarkan ALLAH
- Hamba yang senantiasa mencintai ALLAH dan dicintai oleh sesama manusia
- Hamba yang sentiasa menjadikan ALLAH sebagai wakilnya dalam segala pekerjaan dan amalan.
- Dia selalu memperolehi ketenteraman dalam mencari rezeki kerana dijamin oleh ALLAH. Hatinya sentiasa akan menjadi tenang.
- Hamba ini akan mempeolehi bantuan dari Allah terhadap ganguan atau musuhnya
- Hatinya senantiasa menjadi tenteram dalam segala hal dunia
- Dia selalu memperolehi kemualiaan di dunia tetapi dia tidak pernah mengharap dimuliakan oleh manusia.
- Hamba ini sentiasa terpelihara daripada kecemaran
- Mulia dan lapang hati
- Memperoleh petunjuk secara terang sehingga mudah untuknya mempelajari ilmu dan hikmah
- Hamba ini akan jauh dari kesusahan dunia
- Kehebatannya membuatkan orang sentiasa kagum dengannya
- Dicintai oleh manusia dan ALLAH
- Perkataannya, peribadinya, pakaiannya, dan tempat tinggalnya memperolehi keberkatan
- Hamba ini mempunyai makrifat di bumi dan di laut
- Hamba ini tidak takut kepada binatang buas
- Hamba ini memperolehi kekuasaan seolah memegang kunci perbendaharaan bumi yang luas ini
- Dia dapat menyampaikan segala hajat makhluk tuhan yang lain dengan kemegahan kepada ALLAH
- Sangat mudah dikabulkan doanya oleh ALLAH S.W.T
*20 Tingkat Di Akhirat*
- Dia tidak takut menghadapi kematiannya
- Tetap hatinya kepada makrifat dan iman
- Di anugerahkan ALLAH kesenangan serta nikmat yang berlimpah ruah di dalam kubur dan di hari akhirat
- Sentiasa kekal di dalam syurga dan sentiasa bersama dengan ALLAH
- Apabila mati, jenazahnya dihormati oleh manusia dan malaikat
- Bebas dari kesusahan kubur dan pertanyaan Munkar dan Nakir
- Kuburnya menjadi lapang dan terang dengan cahaya
- Ruhnya senantiasa dalam keadaan tenang, penuh dengan kesenangan dan kemualiaan
- Di padang masyar nanti, dia akan memperoleh keistimewaan dan keagungan
- wajahnya putih bersih dan bercahaya serta melihat kepada ALLAH dengan senyuman dan kegembiraan
- Keadaan senantiasa dalam sejahtera dan terlepas dari kesusahan serta seksaan hari kiamat
- Hisabnya dikurangi dan adakalanya tidak dihisab sama sekali
- Tangan kanan menjadi tangan penerimaan kitab amalan semasa di hari kiamat
- Amalan kebajikannya berat sebelah kanan
- Diberi kesempatan minum dalam haudh, iaitu telaga minuman para nabi
- Terlepas dengan selamat ketika di atas "titian siratul mustaqim"
- Memperoleh syafaat Nabi-nabi dan Rasul-rasul
- Memperoleh kedudukan yang abadi di dalam syurga
- Mendapat keredhaan ALLAH yang tidak terhingga besarnya
- Hamba ini dapat berjumpa dengan ALLAH SERU SEKALIAN ALAM, YANG AWAL TIDAK BERPANGKAL DAN AKHIR TIDAK BERKESUDAHAN TIDAK BERUPA DAN BERBENTUK, TUHAN YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA MELIHAT MEMPERHATIKAN HAMBANYA
oleh itu marilah kita sama-sama mencapai tingkat-tingkat yang tertinggi ini. apa yang penting adalah usaha kita yang ikhlas untuk mendapat sesuati yang seperti di atas. hidup ini tidak lama dan berpanjangan kita akan musnah akhirnya nanti. sempatkah kita untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat jika kita asyik bertangguh untuk mendapatkannya. mati tidak megenal SIAPA,USIA,DAN DIMANA. SUDAH CUKUPKAH BEKALAN KITA UNTUK KE AKHIRAT? FIKIR-FIKIRKANLAH DAN RENUNG-RENUGKANLAH....SELAMAT BERUSAHA!!!!
1 comment:
السلام عليكم
buat saudari seagama yang dikasihi,
bagi ana, kalaulah dengan tasawuf kita dapat menunaikan segala hajat umat manusia, adalah sangat mustahil dan bertentangan dengan sunnah, sebab baginda Rasulullah s.a.w orang yang termulia di dunia & akhirat tidak dapat menunaikan segala hajat manusia, inikan pula kita dengan hanya bertasawwuf dapat melakukan yang lebih daripada Rasulullah s.a.w
ini hanya pandangan ana, ana tidak salahkan bertasawwuf sekirangnya ianya bertepatan dengan al-Quran dan as-sunnah, tetapi malangnya saudari, jika kita kaji sejarah kemunculan tasawuf di dalam islam, amat mengdukacitakan.
" aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegan dengan keduanya iaitu kitab Allah & sunnah Rasulullah s.a.w ".
Post a Comment