Friday, July 9, 2010

HIDUP MESTI DIUJI

SELAMA KITA TINGGAL DI DUNIA Ni.pernah tak kita terpikir untuk hidup tanpa apa-apa masalah yang mengganggu ketenteraman kita?mesti kita akan bercakap "wah bestnya hidup ni kalau macam tu!!" tetapi ada tak kita berfikir sebaliknya?kadang-kadang masalah atau ujian perlu ada untuk diri kita.kerana dengan inilah kita dapat mengenal erti hidup.hidup adalah untuk hidup bukannya hidup untuk mati!
biarlah susah-susah sekejap tapi akn senang lenag di kemudin harinya.sememngnya kita tahu hidup ni kan sementara dan sekejap cuma.

kata orang hidup ni kan bagaikan roda.kenapa roda?sebab ia bulat dan berpusing sekejap dibwah dan sekejp di atas,jangan kita anggap hidup kita sebagai pokok yang baru tumbuh semakin besar semakin naik dan tak ada turunnya (mana ada pokok semakin lama semakin rendah bukan?bagi pokok berbatang lah). biarlah ia berputar untuk kita tahu mana satu arah yang kita perlu tuju.supaya kita dapat merasa bagaimana rasanya kita dibawah untuk persediaan kita berada di atas nanti.betul tak?

Allah tak pernah menguji hambanya di luar kemampuan hamba tersebut. segalanya ada hikmah disebaliknya. kalau tidak ada hikmah nya buat apalah Allah menguji kita cuma kita yang tak pernah terfikir apa kah hikmahnya tapi hanya tahu menyalahkan diri sendiri dan orang lain saja. ingatlah segala masalah sebenarnya pada asalnya berpunca pada diri kita sendiri. tak kisahlah salah siapa pun,tapi kenalah cari jalan penyelesaiannya.

bila kita buat sesuatu kita hanya mengikut sahaja. orang buat itu,kita pon nak buat jugak,tak fikir baik buruknya.walaupun benda tu baik untuk kita cuba kita cari jawapan kenapa kita perlu buat sesuatu benda itu.untuk apa?kepada siapa?bila?dengan cara apa?jangan buat sesuatu tapi kita tak tahu apa sebenanya yang kita buat itu.
dulu,ada seseorang berkata kepada saya"kalau tak ada masalah, orang gila lah tu" pada mulanya saya tak dapat terima kata-kata ni, tapi bila fikir semula, ada betulnya jugak kata-kata tersebut,orang gila mana ada masalah bukan?nak buat semua benda pon sesuka hati dia saja. jadi siapa yang tak naka ada masalah sepanjang hidup dia jadilah orang gila:-)

tahap keimanan juga ada pasang surutnya. apa kaitannya tahap keimanan dengan masalah atau ujian ini?baiklah. bila kita sentisa rasa baik sahaja dan gembira sahaja adakah kita dapat menguji keimanan kita?dimanakah kita hendak mendapat pahala kalau kita tidak diuji oleh NYA. keimanan kita mesti diuji supaya kita dapat membuktikan di tahap mana iman kita dan untuk mendapat syurga yang begitu tinggi maharnya kita mestilah lepas dari ujian yang sememangnya datang dari Nya..
fikir-fikirlah semoga bahagia!

3 comments:

srikandi said...

salam..mantap penulisannya...teruskan usaha mah....

az-zahra said...

biasa jer..masih belajar cara nak menulis dengan betul...lama dah x update blog...

Unknown said...

Ayat mantap, mohon di share utk beri semangat kpd insan lain yg sedang patah hati