Monday, April 13, 2009

Nasihat dan doa dari gurumu

kepentingan ilmu
wahai anakku:

Semoga kamu diberi Allah hidayah dan taufik di dalam menjalankan amalan-amalan soleh. Bagiku engkau adalah anak-anak(murid-murid) yang paling ku sayangi. Aku gembira jika engkau berada dalam keadaan yang sihat Alhamdulillah, kuat dan bersemangat dan berbudi bahasa. Bergaullah denagn orang sekelilingmu denagn cara bersopan santun dantertib, senyum sokmo, kasih mesra khususnya kepada ibu bapamu. Dahulukanlah pertolongan kepada orang-orang yang lemah dan miskin, maafkanlah segala kesalahan dan musuh yang berlaku kasar kepada engkau kerana Allah berfirman yang bermaksud:

Ertinya : “..Dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan)dengan cara yang lebih baik…” (surah al-Nahl:Ayat 125)
Jauhkanlah sifat dan perkataan yang kasar kerana ia akan membawa kepada perbalahan dan pergaduhan.

Wahai anakku:
Jika engkau menerima nasihat dari penasihat yang lain, maka aku sebagi gurumu lebih berhak member nasihat kepada engkau kerana aku adalah guru dan pengasuh kepada kamu sekalian. Rasanya akulah orang yang paling mengerti dan bertangungjawap tentang kebaikan dan kemajuan masa depan engkau. Sekarang engkau dipimpin untuk menjadi pemimpin pada hari muka, insya-Allah.
Aku adalah penasihat yang paling amanah dan setia terhadap engkau. Teraimalah kata0kata nasihat dariku, beramallah dengan nasihat yang telah ku beri dimana-manaengkau berada.

Wahai anakku:
Guru tidak berhajat dari muridnya pembalasan da apa-apa jua pun. Guru hanya mahukan muridnya berada dalam kebaikan. Sukakah engkau kepada guru yang selalu member tunjuk ajar, nasihat dan kadang-kala marah kepada engkau? Guru boleh di ibaratkan cahaya terang yang menerangi alam, khususnya alam kehidupan engkau.

Wahai anakku:
Aku sayangkan engkau setiap masa. Bantulah aku dengan cara engkau mengerjakan ajaran-ajaran guru serta bersifat taatlah melalui ketinggian akhlak yang engkau miliki. Rasulullah S.A.W bersabda

Ertinya: “Tidak aku utuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak mulia”
Oleh itu tahukah engkau bahawa akhlak yang mulia itu perhiasan diri?kalaulah engkau tidak menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia maka ilmu yang ada pada diri engkau tidak memberi berkat bahkan lebih merbahaya dari kejahilan diri engkau, kerana si jahil boleh di maafkan kejahilannya, tetapi engkau yang berilmu tidak dapat dimaafkan apbila melakukan kesalahan:

Sabda rasullullah S.A.W

Ertinya : “Rasulullah S.A.W bersabda sesungguhnya S.A.W telah menyerahkan agama itu melainkan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini.

No comments: